DST ya. Bukan GST :D.
Pernah saya tulis tentang DST sebelum ni. Entri lama. Tahun 2009. Tahun itu tahun pertama saya dengar istilah Daylight Saving Time. DST singkatannya. Waktu tu memang terpinga-pinga. Dah baca tentang DST hasil carian Google pun masih pening. Lambat sikit pick up. Hihi.
DST bermula pada musim bunga dan berakhir pada musim luruh. Jika di US ni, DST bermula pada hari Ahad kedua dalam bulan Mac (musim bunga) dan berakhir pada hari Ahad pertama bulan November (musim luruh). Bagi tahun ni, DST dah pun tamat pada Ahad lepas menjadikan beza waktu US dengan Malaysia 14 jam (US lewat 14 jam dari Malaysia). DST bermula sekali lagi bulan Mac tahun depan, beza waktu antara US dan Malaysia adalah 13 jam.
Kredit foto: Google
Saya suka apabila DST berakhir. Ada masa tambahan selama sejam ^_^. Sekali setahun, dapat peluang merasa 25 jam dalam sehari. Yang tak seronoknya, saat bermulanya DST. Hanya 23 jam sahaja sehari. 23 jam tu terasa begitu pendek. Padahal kalau campur kedua-duanya, 48 jam juga jumlahnya..hihi.
Waktu solat pun turut bertukar. Bukanlah bertukar dalam erti kata sebenar. Hanya jarum jam dianjak sejam ke belakang. Gambar kanan adalah waktu solat di saat berakhirnya DST. Gambar kiri, sehari sebelumnya. Kalau perasan, waktu solat Jumaat adalah sama bagi kedua-duanya. Tak ada sebarang kesilapan di situ. Di sini memang ditetapkan waktu solat Jumaat pada jam 1.30 petang bagi memudahkan Muslim menunaikan solat Jumaat. Sini bukannya ada waktu rehat khas pada hari Jumaat sebagaimana di Malaysia :).
No comments:
Post a Comment