Kata Ustaz : “Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama – cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA”
ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung. Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros. Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah. Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
‘Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan. Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: ‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’
(An-Nisaa:19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula – tidak boleh dipakai sama sekali.
‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’
(Surah An-Nahl: 125)
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah s.a.w. menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.
Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerimanasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment